Sunday, August 15, 2010

PERGINYA TAKKAN KEMBALI

Pada tanggal 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431H....

Abah bersahur bersama aku, mak, dan keluarga abangku (bg bib). selepas sahur, aku tidur sekejap, mandi dan pergi ke sekolah. seperti biasa, sebelum menuju ke kereta, aku bersalam dengan mak dan abah. hari itu adalah hari terakhir aku bersalam dengan abah.

Tidak banyak aktiviti hari ini bersama abah memandangkan seharian aku tiada di rumah. selepas pulang dari sekolah, aku pergi berurut kerana jatuh beberapa hari yang lalu dan berbuka bersama kawanku. Aku sampai di rumah lebih kurang pukul 8.15 mlm.

Difahamkan sebelum masuk waktu berbuka puasa, abah tidur dan apabila azan berkumandang menandakan waktu berbuka puasa telah tiba, kakak iparku (kak aze) menghulurkan sebiji kurma kepada abah. kemudian abah berbuka puasa di meja bersama mak dan keluarga bg bib. setelah semuanya selesai berbuka, tinggal mak dan abah sahaja makan. emak menemani abah sehingga abah selesai makan. difahamkan, malam itu abah  berbuka dengan berselera sekali. makan dan minum dengan banyak.

selepas berbuka, abah sembahyang dan terus tidur. semasa aku duduk di ruang tempat abah tidur, abah terjaga dan bertanya, "adik tak sekolah hari ni?" aku tidak menjawab kerana masa itu aku sedang melayan sms. mak yang menjawab soalan abah itu. soalan itu diulangi sekali lagi dan mukanya sedikit pun tidak berpaling dari aku. tetapi aku masih juga tidak menjawab dan masih juga soalan itu dijawab oleh mak. kali ketiga abah bertanya, barulah aku menjawab, "adik baru balik la ni. kan adik pakai baju kurung ni bah".

selepas itu abah duduk. nafasnya agak tersemput-semput sedikit. abah bertanya kepada ku, "dik,boleh tak sedut oksigen?". "tanya b.bib...takut oksigen tu ada efek pulak pada abah. yelah, tadi abah berpuasa,"jawabku.

tidak lama selepas itu, abah bangun dari tempat abah baring dan duduk di sofa kelabu dan bertanya,"dik,pukul berapa?"."pukul 9.45,"jawabku. berkali-kali soalan yang sama ditanya oleh abah sampai aku penat menjawabnya. tiba-tiba abah berkata,"astaghfirullahalazim".aku terdiam seketika campur terkejut. "kenapa bah?"tanyaku dalam nada yang pelik. "abah sembahyang subuh tadi", kata abah."sambil tersengih aku dan mak yang berada di situ berkata,"abah mimpi ni.....". abah berkata,"tidak". berkali-kali abah mengatakan bahawa abah solat subuh dan jawapan aku dan mak tetap sama bahawa abah mimpi dan mengigau. akhirnya aku, mak dan abah bertelagah sedikit sehinggalah abah menceritakan bahawa bagaimana beliau bersahur dan sembahyang subuh. rupa-rupanya, yang abah sangkakan sahur itu adalah berbuka puasa. abah mengatakan bahawa abah makan dan minum lebih kerana abah rasa letih pada hari pertama berpuasa.

malam itu, aku tidur di antara abah dan emak. seperti biasa...sama ada bangun pagi sebelum pergi kerja mahupun bangun sahur, abah mesti tiada di tempat tidurnya. jarang-jarang sekali aku bangun tidur dan melihat abah disisi. seingat-seingat aku, adalah dalam 3 atau 4 kali sahaja, bila aku terjaga, abah tidur di sebelah ku.

seperti juga hari sebelumnya, dekat-dekat pukul 5 pagi, aku bangun untuk bersahur. aku mengambil nasi dan lauk ayam. sempat makan makanan beberapa suap nasi. kulihat, ketika itu, ada yang kurang, iaitu abah. aku tanya ros yang juga pembantu rumah abang aku, dimana abah. ros menjawab bahawa abah tidur. aku mula rasa tidak sedap hati sebab selalunya setiapkali berpuasa abah bengun lebih awal daripada aku. kalau tidak abah mengaji, mesti abah tengah sembahyang. jadi aku terus bertanyakan ros dimana abah tidur. ros menjawab di depan.

aku terus pergi ke depan untuk mengejut abah. waktu itu keadaan tubuh abah mengiring + meniarap ke kanan. dari belakang badan abah itu, aku hanya nampak badannya kerana tangannya tersembunyi di depan. aku mengejut abah sambil menyentuh perlahan belakang badan abah. abah tidak menyahut. hatiku berdebar-debar. kutelentangkan abah, dengan mudah sekali badan abah dapat ditelentangkan. kulihat wajah abah sudah terbujur kaku.aku terus qiamkan abah dan mendekati telingannya dan meminta ampun pada abah.

aku terus meluru ke dapur dan memeluk emak. dengan suara dan nada perlahan aku menyuruh emak bersabar dan menyuruh emak pergi ke hadapan untuk melihat abah yang berada di ruang hadapan. aku menyuruh kakak iparku memanggil abang aku (bg. bib) yg berada di atas. mereka semua terus meluru kepada abah manakala aku menelefon k.ta(kakakku yang sulong) tetapi tersalah nombor pula. kuamati lagi nombor telefonnya. betul. mungkin cross line bisik hati kecilku. oleh itu aku telefon dua orang abangku iaitu bg yin dan bg adin. selesai menelefon mereka, aku terus ke hadapan. mak mencium abah dan memanggil-manggil abah. aku pula mencium tepi kening abah dan pipinya. baunya sangat harum. bau itu susah mau dijelaskan betapa wanginya.........aku amat merindui bau haruman itu.  

kemudian, mak menyuruh aku mengambil selimut kerana pada waktu itu abah hanya memakai kain pelikat sahaja. kakak iparku mengambil tuala berwarna biru laut yang agak besar tetapi ringan dan diberikan kepadaku. aku terus menyelimuti abah. emak mengatakan bahawa bahagian dada abah panas. aku merasai dada abah, memang ternyata panas dan di bahagian jantungnya....aku rasa jantungnya masih berdegup. bg bib terus mengatakan mahu membawa abah ke hospital. dan bg bib telah membuat cpr pada abah dan aku merasai nadi abah, masih berdenyut namun tiada apa-apa reaksi pada abah. aku, bg bib, kakak iparku (k.azie) dan ros mengangkat abah ke dalam estima untuk dibawa ke hospital serdang.

di dalam kereta, aku cuba menjaga kepala abah supaya kedudukan kepalanya tidak senget manakala kaki ku pula menahan kaki abah supaya tidak terjatuh melurut dan terkangkang. sesekali tanganku cuba merasa dada abah. ternyata memang masih panas. ada satu ketika, dalam perjalanan ke hospital itu, dada abah rasa sejuk, aku terus melakukan cpr pada abah. dan aku rasa dadanya panas kembali.

sampai di hospital, kakitangan hospital serdang mengangkat abah dan membawa masuk ke wad kecemasan. doktor berjumpa dengan bg bib dan mengatakan mereka akan melakukan cpr pada abah. selepas keluar dari bilik doktor, aku dan bg bib duduk di kerusi menunggu. dalam pada menunggu kami telefon adik beradik yang lain. lebih kurang 10 minit kemudian, polis memanggil kami 2 beradik untuk membuat laporan. pada ketika itu, Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hati aku kerana abah sudah tiada lagi. nasib baik abangku ada bersama. dia menyuruh aku mengawal perasaan.

lebih kurang pukul 6.45 pagi jam aku (tak tau lah cepatnya berapa minit) aku pergi ke surau. setelah selesai mengerjakan solat subuh, aku terus melangkah keluar, kulihat bg bib baru sampai ke surau lelaki yang juga bersebelahan dengan surau perempuan tempat aku sembahyang. aku mengambil keputusan untuk masuk semula ke dalam dan membacakan yaasin untuk abah sambil menunggu bg bib.

selepas selesai membaca yaasin, aku dan bg bib meminta izin daripada kakitangan hospital untuk melihat jenazah abah. kakitangan hospital berpesan supaya tidak terlalu lama ditakuti ada apa-apa berlaku. abah diletakkan di dalam bilik mayat sementara. di situ abah berbaring berselimutkan tuala biru yang dibawa dari rumah dan sehelai selimut hospital yang dilipat dua. kulihat, wajah abah amat tenang sekali. seperti abah tidur dengan nyenyaknya.

selepas mencium abah, aku dan bg bib keluar. sampai di kaunter, kulihat seorang lagi abangku sampai (bg adin). aku terus mengajak bg adin untuk melihat abah. aku menunjukkan jalan untuk ke bilik mayat sementara namun seperti sifatku yang selalu....tidak ingat jalan.huhu... tetapi akhirnya jumpa juga bilik tersebut.

tidak lama selepas itu, abg iparku (bg lan) pula tiba. kami bertiga berpelukan. kemudian, bg lan pergi kepada abah lalu mencium dan mendoakan abah. tidak lama kemudian, abang-abangku yg lain (bg jad dan b.bib) masuk. kakakku yang kedua (k.noi), seorang lagi dan anaknya kamil pula masuk ke dalam dengan ditemani bg jad. untuk memberi laluan kepada k.noi dan abang-abang yang lain, aku dan b.adin keluar, aku melayan anak k.noi, fatihah di luar bilik mayat tersebut. bila bg bib dan kamil keluar, aku pun masuk, tidak lama kemudian, abg yg seorang lagi (bg yin) sampai. aku pun keluar. kulihat yang lain berada di luar. rupa-rupanya abang iparku yang seorang lagi (bg long) sudah sampai.

k.noi mengajak aku balik. tapi akhirnya aku balik dengan b.adin dan anak saudaraku fatihah. dalam perjalanan pulang ke rumah, bg adin memberitahu, mak mengatakan padanya bahawa  abah tidak sedarkan diri.

sesampainya aku di rumah, aku terus pergi ke arah mak. mak bertanya abah sedang buat apa? aku hanya menjawab,"baring atas katil."spontan keluar dari mulutku sambil tersenyum. mak bertanya,"adik masih boleh senyum?". aku biarkan sahaja soalan itu tidak berjawab. pada hakikatnya, aku mau merangkul dan memeluk mak dan meraung sekuat hati tapi kutahan kan sahaja lantaran tidak mahu suasana di situ lebih memilukan. aku terus mengambil tuala dan mandi di tingkat atas rumah.

di dalam bilik air, semua kenangan bersama bapaku terimbas kembali. saat suka mahupun duka semuanya mendatangi ku. aku menangis sepuas-puasnya di dalam bilik air. entah berapa lama aku mandi sampai ditegur anak saudara ku kerana lama sangat mandi. huhu....

setelah selesai mandi, aku lihat kak azie dan dua pembantu rumahnya(ros dan kak idah) sedang berkemas mengalihkan meja dan kerusi. begitu juga dengan bg adin. aku pun turut bersama-sama menolong mereka.

setelah selesai kemas, aku membaca yaasin setelah selesai membaca aku mengambil melayan tetamu yang datang dan melayan kesedihan diri sendiri. itulah yang aku buat sehingga jenazah abah sampai, sempatlah aku membaca yaasin 3 kali untuk abah.

aku tidak pasti ketibaan jenazah abah yang dibawa oleh van jenazah dari hospital serdang. selepas mengucup abah (bau abah ketika itu semerbak...bau air mawar). bau itu lekat dikain batik yang digunakan untuk menutup jenazah abah dan kain tudung penutup muka abah), aku terus pergi kepada mak dan mengajak mak untuk duduk di sebelah abah. aku duduk di sebelah mak dan membaca yaasin untuk abah. oleh sebab ramai yang datang, aku setelah selesai membaca yaasin aku pun berlalu dari situ kerana memberi ruang pada yang lain untuk mendekati jenazah abah.

aku mencari buku solat jenazah untuk mengetahui bagaimana caranya untuk solat jenazah. apa yang aku tau, sembahyang jenazah hanya perlu berdiri tegak. aku meminta dari kak azie dan kak azie pun memberikan buku panduan solat-solat sunat. menyesal pulak aku kerana tidak belajar pengurusan jenazah masa di universiti kerana ingin senang, aku memilih al-quran pula. rupa-rupanya solat jenazah tidaklah susah bacaannya. malah pendek-pendek sahaja ayatnya. alhamdulillah....aku sempat menghafalkannya

selesai membaca buku dan menghafalkan ayat-ayat dalam solat jenazah, aku duduk di sebelah jenazah abah dan membuka kain penutup mukanya....sehelai tudung bawal berwarna putih. ku tetap wajah abah semahu-mahunya. tiba-tiba mak menegur mengatakan abah sejuk dan mak menyuruh aku menutup kembali wajah  abah yang tenang itu. aku pun membaca yaasin lagi. selesai membaca yaasin, aku membuka sedikit kain penutup muka abah. aku mengusap muka abah...lembut dan licin kulit abah. hatiku berkata selepas ini aku tidak akan dapat menyentuhnya lagi. kemudian aku menutup muka abah dan dari luar kain kapan tersebut aku memegang tangan abah. dalam hatiku berkata, inilah terakhir kalinya aku memicit abah.

tidak lama kemudian van jenazah membawa abah pergi ke masjid upm, serdang. dengan menaiki kereta sepupuku k.moli(anak makyam). aku, mak, adik mak (m.yam) dan k.moli duduk di tempat duduk hadapan bersama suaminya, naik dalam satu kereta. adik k.moli(k.ida) yang menunjukkan kami arah ke masjid upm. sampai di masjid, dari kejauhan kucari jenazah abah tapi hampa. aku terus masuk ke ruang solat wanita. aku memakai telekong dan menunggu masuk waktu zohor. pabila masuk waktu zohor, aku bersembahyang berjemaah satu saf dengan k.azie dan anak-anak perempuannya. rupa-rupanya kakak-kakak ku juga turut serta solat di belakangku.

setelah selesai solat zohor dan mengikut imam membaca doa, imam pun membuat pengumuman untuk solat jenazah dan mengajar secara ringkas kepada para jemaah yang ada di situ bagaimana cara solat jenazah.

setelah solat jenazah, aku pun bergegas bangun untuk melihat jenazah abah tetapi hampa juga. aku bertanya kepada kakak ku yang kebetulan berada di sebelah ku....dimanakah jenazah abah. rupa-rupanya, jenazah abah ada di belakang ku sedang dimasukkan ke dalam van jenazah. setelah pintu van ditutup, dengan secepat kilat van tersebut berlalu dari masjid.

oleh sebab mak sudah berlalu pergi mengiringi van jenazah, aku terus berjumpa dengan kakak ku yang sulong (k.ta) untuk tumpang keretanya. tapi k.ta agak lambat kerana melayan kawan-kawannya yang ada di situ. jadi aku mengambil keputusan untuk menumpang k.noi.

rupa-rupanya, sampai di tanah perkuburan, abah telah pun dimasukkan ke dalam liang lahad dan telah dikambus sedikit. jentolah telah digunakan untuk mengambus keseluruhan kubur. terkilan juga rasa hati kerana tidak sempat melihat abah diturunkan ke dalam liang lahad. tapi mungkin itu yang lebih baik untuk abah kerana semasa hayatnya, abah selalu cakap, abah mahu jenazahnya diuruskan dengan cepat. selesai pengkebumian, talkin pun dibacakan. sungguh benar-benar menusuk kalbu apabila imam tersebut membacakan talkin. selesai talkin dibacakan....kami sekeluarga pun menyiram air di atas tanah kubur abah yang merah itu.......

begitulah cerita abah ku di saat-saat akhir aku menghadapnya.........

2 comments:

  1. banyak2 bersabar, doakan kesejahteraannya di sana dan semoga kak fiza bertemunya di padang mahsyar kelak.... al-fatihah

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Semoga tabah dan terus berjuang diatas muka bumi Allah ini. Saya memahami perasaan saudari kerana saya juga telah merasai kehilangan insan yang saya sayangi. Kasih sayangnya bagaikan tiada ganti. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan menambah kematangan kita dalam mengharungi hidup ini. All the best sis!!!

    ReplyDelete