Sunday, August 15, 2010

RUTIN HARIAN ABAH

abah....itulah panggilan yang terpahat dihatiku
dimana tempat ku bergantung dan bermanja
ingin rasanya ku panggil kupanggil nama itu
tetapi tiada gunanya lagi
kerana abah telah pergi meninggalkan ku buat selama-lamanya

masih jelas ingatanku
ketika aku masih kecil dan hingusan lagi
pada awal pagi, abah, mak, aku dan abangku bersiap-siap pergi ke sekolah
mak yang mandikan aku manakala abah pula memakaikan bajuku
uniform aku adalah baju skirt biru gelap yang biasanya di pakai oleh pelajar sekolah rendah
aku sangat cerewet
kalau tiada tali pinggang, aku akan menangis dan tidak mahu ikut abah pergi ke sekolah
abah langsung tidak memarahiku
cuma abah dan mak mengatakan ada juga budak yang tak pakai tali pinggang
namun aku tetap menangis dan maukan tali pinggang
jadi abah bertungkus lumus mencari tali pinggang ku
kadang kala tali pinggang yang kupakai tiada cangkuknya
abah akan mengambil klip
dan di klipkan tali pinggang ku dengan kemas sekali
mak pula menyiapkan apa yang patut dibawanya ke sekolah
lebih kurang begitulah rutin harian kami setiap pagi
seandainya hari itu adalah hari persekolahan

aku selalu mengikut emak ke sekolah
tetapi ada kalanya aku malas ikut mak kerana tiada kawan
kebetulan abang aku bersekolah di sekolah abah
jadi aku lebih suka ikut abah
dan kebetulan pula di sekolah abah ada seorang cikgu tu membawa anaknya yang sebaya dengan aku
jadi aku berkawan rapat dengannya
tapi kadang-kadang kawan rapatku itu tidak hadir ke sekolah
jadi kalau aku tiada kawan, aku akan tidur di kerusi dalam bilik abah
abah pula sibuk dengan menulis dan menaip
kadang-kadang abah mesyuarat dan dibiarkan sahaja aku tidur di situ

balik sekolah...aku akan leka bermain bersama abangku
waktu ini biasanya...selepas makan
abah sembahyang zuhur dan duduk ditikar sembahyang
kadang-kadang wirid dan kadang-kadang mengaji
aku dan abangku selalu bermain sampai tak kisah makan
jadi kami berdua tidak makan bersama-sama abah dan mak

pada petang hari pula abah membuat kerja-kerja rumah
kadang-kadang menebas rumput di halaman rumah
kadang-kadang abah menghantar mak bisnes jualan langsung
kadang-kadang melayan aku dan abang aku

tatkala senja menjelma
abah mandi sebelum bersiap-siap ke masjid
hanya pada hari selasa abah akan menghadiri kelas agama di masjid

setiap hari abah akan memastikan sembahyang maghrib di masjid
dengan memakai baju jubah putih dan kain pelekat di dalamnya
abah menyarung songkok haji dan dililitnya serban
kemudian diambil sobotol kecil minyak atar dan dicalit pada pakainnya sedikit
baunya semerbak dan kadang-kadang agak menyengak

abah akan berada di masjid dari maghrib sehinggalah isyak untuk sembahyang berjemaah di sana
aku, mak dan abangku tinggal di rumah
kalau rumah kami black out
kami akan menunggu abah di pintu depan rumah sambil berkipas

sampai di rumah
abah pun tidur bersama aku, mak dan abang aku
kadang-kadang di bilik mereka dan
kadang-kadang di ruang tengah tempat kami menonton televisyen
tengah-tengah malam abah akan hilang dari tempat tidurnya
kerana menunaikan solat-solat sunat 
aku difahamkan bahawa abah mengamalkan solat sunat tahajud sejak dari sebelum berkahwin lagi


rutin abah ketika kami berpindah ke parit sulong juga lebih kurang sama
cuma apabila abah sudah pencen
rutin harian abah sedikit berubah
kakinya tidak boleh dibengkokkan
kerana abah menghidap penyakit artritis dan gaot
jadi abah akan sembahyang duduk
dan tidak banyak berjalan


seandainya hari itu hari isnin dan khamis
abah akan bangun
seorang diri pergi ke dapur
mencari makanan di atas meja atau di dapur atau juga di dalam peti ais untuk sahur
semua makanannya disediakan sendiri kerana
tidak mahu menyusahkan isteri yang dikasihinya
juga anak yang disayanginya
mak mengatakan
amalan berpuasa isnin dan khamis ini diamalkan abah 
sebelum aku lahir lagi

pada pagi hari tatkala aku sedang lena dibuai mimpi
pasti kedengaran suara abah dari selepas subuh hinggalah matahari terbit
kesukaan abah ialah membaca Al-Quran dan dibacanya juga tafsir ayatnya


selepas selesai membaca Quran
abah bersarapan bersama mak
selepas itu
kadang-kadang abah membersihkan laman rumah
kadang-kadang abah keluar ke pasar untuk membeli sarapan
dan 'ngeteh' di warung dan berbual dengan kawan-kawannya

jarang-jarang abah pergi ke kebun bersama mak
lagipun mak menegah abah pergi ke kebun lantaran abah kurang sihat jantungnya

sebelum masuk waktu zohor dan matahari mula memancarkan sinarannya
abah sembahyang dhuha 2 rakaat
abah akan duduk di kerusi
dan mengaji tafsir Quran di ruang tamu
kadang-kadang dianjung tepi rumah
kadang-kadang diruang tengah sebelah bilik air
adakalanya juga abah wirid dan
adakala abah tidur
sehinggalah masuk waktu solat zohor

bila abah sudah penat
abah akan tidur dengan nyenyaknya diruang tengah
dan adakalanya abah makan dahulu sebelum tidur

sebelum masuk waktu asar
abah akan duduk di tempat sembahyangnya
dan wirid sehinggalah sampai masuk waktu solat asar

selepas siap solat asar
abah akan membaca surat khabar
abah membaca dengan penuh khusyu' helaian demi helaian
tiada satu tajuk pun yang tidak dibacanya
aku selalu memerli abah dengan nada bergurau
gayanya yang khusyu' itu seperti orang yang mahu mengambil periksa SPM

selepas habis abah membaca surat khabar
surat khabar diletakkan di atas meja
abah mengambil air sembahyang atau mandi (kalau tidak sejuk)
diambilnya tafsir Quran dan membacanya
kadang-kadang wirid sehinggalah masuk waktu maghrib

semasa abah masih boleh membawa motor
sebelum waktu maghrib
abah pergi ke surau hj yasir
(surau dimana abah menjadi imam
dan mengajar tafsir al-quran
manakala seorang lagi imam
yang juga guruku di sekolah agama
mengajar hukum hakam agama)
setiap malam jumaat
aku dan mak akan tunggu abah pulang dari masjid
abah akan pergi ke majlis yasin ataupun kami panggil 'yasinan'
balik sahaja dari masjid
abah akan membawa berkat
dan diberikan pada aku dan emak yang kelaparan
aku dan mak lah yang menghabiskan berkat tersebut
abah sedikit pun tidak menjamahnya kerana sudah kenyang

tetapi sejak mak dan kami adik beradik melarang abah membawa motor atau kereta
selepas selesai solat maghrib
abah akan wirid sehingga solat isya' dan sambung wiridnya selepas itu

pada malam hari
kalau lapar
abah akan makan
sambil menonton berita dan menonton televisyen
rancangan yang disukai abah ialah Roda-Roda Kotaraya
dan apabila ia ditukar Gerak Khas
itulah rancangan kesukaannya

tapi sejak abah sesak nafas
jarang-jarang sekali tengok tv
abah hanya menonton berita dan tertidur

terjaga pada tengah malam dan wirid ataupun mengaji
kalau abah larat
abah akan solat sunat tahajud
masih teringat lagi pesanan abah padaku
ada 3 sembahyang yang harus dilakukan
untuk memudahkan kita dalam apa jua urusan pun
dan dilakukan pada waktu tengah malam iaitu
1.solat sunat taubat
2.solat sunat hajat dan
3.solat sunat tahajud
insyaallah apa yang kita hajati...akan dapat


begitulah jadual waktu abah setiap hari
tanpa disedari
ia dilakukan dalam kelonggaran tapi penuh disiplin
dengan sabar dan ikhlas abah melakukannya
tidak nampak sedikit pun riak,sombong atau ingin menunjuk-nunjuk diwajah abah
abah memang mahu anaknya mengikuti jejak langkahnya
nasihatnya banyak dengan perbuatannya daripada kata-katanya
sayangnya...nasihatnya tidak akan dapat kulihat mahupun ku dengar lagi buat selama-lamanya
semoga abah berada di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman
dicucuri rahmat, jasadnya tidak dimamah, dan diterangkan juga diluaskan kuburnya...
amiin....

semoga apa yang aku tulis ini dapat menjadi tauladan dan pedoman kepada para pembaca
mungkin juga anak-anak ku kelak
semoga anak-anakku menjadikan atoknya sebagai salah seorang idolanya
dan menjadi anak-anak yang soleh/solehah

2 comments:

  1. Al Fatihah buat Tn Haji Maksari...pemergian nya amat di rasai saya ni...saya sangat ingat senyumannya,kata-katanya penuh hikmah dan bertauladan..x sangka dia pergi dengan mudah sekali tapi yg beruntung sgt2 dia pergi dlam bulan Ramadhan,maknanya segala hisabnya mudah dan tidak akan di tanya oleh malaikat mungkar dan nangkir,anak2 ramai dan dinamik pula tu...hebat2 belaka....moga kite doakan amalan arwah terus menerus menerima keberkatan...Amin..

    ReplyDelete
  2. Alfatihah buat abah nko.Emak ku pun dah meninggal.Al Fatihah.

    ReplyDelete